Friday, March 23, 2012

menangislah duhai hati


sedihnya hati ini
pabila diri ini dipandang sepi...
segala kebaikan,
segala yang kulakukan
tidak dihargai...

menangislah duhai hati
kelak rasa kecewa itu
lenyap pergi...
menangislah duhai hati
jika itu dapat melegakan sedihmu
jika itu dapat meredakan kecewamu
jika itu dapat mengubat lukamu
jika itu dapat merawat pilu

 

oh Tuhan,
aku tidak sanggup lagi 
menanggung beban rasa ini
menahan rasa sakit di hati
meratap tiada henti
menangisi nasibku ini...


adakah airmataku ini
hanya untuk meratap kesedihan,
kecewaan,
kesakitan,
kelukaan,
kepiluan?
adakah hak untuk mengecapi
kebahagiaanku sendiri
telah direnggut pergi?
apakah dukaku ini
akan terus berpanjangan?


oh Tuhan,
tolonglah...
apa yang bisa kulakukan?
tuk mengubat hatiku yang rawan..

APAKAH INI TAKDIRKU?


apakah ini takdirku?
yang sering saja dirundung duka..
apakah ini kifarahku?
yang sering berdosa..
apakah ini ujianku?yang sering saja melupakaNya..


tidak kuduga
perkenalan yang kusangka indah
rupanya mengundang derita
kesakitan,
kelukaan,
kepedihan
menjadi teman airmata...
menangisi setiap rententan-rententan keperitan
dikecewakan sang arjuna... 

manisnya saat-saat itu... 
berkongsi rasa,
menyulam rindu,
menggubah hati
lalu menjadi irama lagu cinta
yang cukup indah...

ngerinya bila didusta,
tiada lafaz kemaafan
tiada kata-kata perpisahan
tiada lagi khabar beritamu
yang kedengaran..


apakah sememangnya ini nasib hidupku?
yang sering saja diuji..
setiap perkenalan tiada yang satupun
yang membawa bahagia di hati...

DENDAM


dendam,
bagaimana hendak kuhapuskan rasa itu?
jika ia masih terkandung sarat di hati ini?
perasaan itu hadir tanpa kupinta
perasaan itu lahir pabila aku dikecewa
perasaan itu zahir pabila aku dianiaya

diinjak-injak bagai tiada harga
dilenyek-lenyek bagai tiada perikemanusiaan
digunapakai umpama barang mainan
aku diperlakukan,
seumpama aku tiada perasaan...

oh Tuhan,
apalah dayaku ini?
yang tidak bisa memaafkan,
jika masih bersarang dendam di hati...

masih terbayang kezalimannya
masih terkenang kekhilafanku
masih terngiang-ngiang kata-kata dustanya
masih teringat kebodohanku
menyambut salam perkenalannya


alangkah baiknya,
jika aku dapat mengundurkan masa
kembali pada masa itu....
akan kuperbetulkan segala-segalanya,
agar bayang-bayang kenangan lalu
tidak mengejar menghantui hidupku
untuk selama-lamanya...

Saturday, March 10, 2012

kapur makan @ kapur sirih

bila bercerita bab2 bahan tradisional ni. teringat aku dengan kapur makan. pernah aku bertanya pada mak aku. kapur tu boleh makan ke mak? beberapa kali aku pernah ternampak mak aku memasukkan kapur makan ke dalam bancuhan kuih yang dibuatnya macam haritu mak aku buat pisang goreng. bila aku wat research rupa2nya kapur ni ada dua jenis kapur makan dan kapur tulis. kapur makan of course la untuk dimakan atau nama lainnya kapur sirih. kapur makan ni asalnya dari bahan kimia kasium karbonat, CaCO3 yang bagus untuk tulang yang membentuk tulang rangka manusia. lebih kurang macam kita minum susu Anlene yang boleh mengelakkan osteroporosis. sebaliknya jika mengambil terlalu berlebihan kapur makan atau bahan2 yang mengandungi kasium karbonat boleh menyebabkan batu karang dalam buah pinggang. eee..takutnya!!


source : kapur makan

tradisional VS moden

selama bertahun2 aku pakai bedak sejuk baru kutahu bedak sejuk dibuat dari beras dan dicampur dengan ramuan akar2 kayu tradisional. dah 3 minggu aku gunakan bedak sejuk dicampur dengan serbuk kunyit, asam jawa, tepung ubi, dan kulit kayu manis.hasilnya memang ada perubahan pada wajah. kulit kurang berminyak, menghaluskan kulit, dan memutihkan kulit.aku banyak buat research di internet khasiat2 kulit kayu manis, asam jawa dan serbuk kunyit yang ada di antaranya boleh menghilangkan parut jerawat, untuk menghilangkan permukaan kulit yang kasar dan melicinkan kulit.

source: bedak sejuk tradisional

sebelum ni pelbagai produk di pasaran kucuba untuk hilangkan parut jerawat seperti safi, syahirah, clean and clear, nano white, ponds, temu lawak dan garnier.kebanyakkannya ada side effect yang membuatkan kulit muka merah2, kering dan mengelupas.biasalah banyak kandungan bahan chemical pun tak elok jugak untuk kulit wajah.agaknya kulitku ini agak sensitif kot dengan produk berjenama moden dan mahal2.
tapi aku tidak berputus asa, aku cuba pulak kaedah tradisional seperti telur putih, tepung jagung la, timun, sabun betik. memang berkesan.ternyata kaedah tradisional gak yang dicari even berlambak produk2 moden di pasaran.
sebelum ni juga aku pernah guna lidah buaya atau nama saintifiknya aloe vera. aku amik lendir lidah buaya tu.tapi kesannya wajah aku nampak kemerah2an.lepas tu tumbuh bintik2 merah macam chicken pox je.maybe tak sesuai dengan kulit kot. tapi aku wat research lidah buaya banyak khasiatnya untuk muka dan rambut. ntahla...hmmm..

source: khasiat lidah buaya

Sunday, March 4, 2012

Pesta Buku 2012


Pesta Buku 2012
Date:27th Apr - 6th May 2012
Venue:Tun Razak Hall 3, Tun Razak Hall 4, Legar Putra, Tun Hussein Onn Hall, Tun Dr Ismail Hall

CREDIT TO : PESTA BUKU 2012 PWTC

Saturday, March 3, 2012

berhenti berharap




mimpi apakah itu?
setelah bertahun lama dilupakan
seraut wajah itu....
tergambar kembali di kotak memoriku
masih terukir indah namanya
di sudut kamar hatiku
yang tidak pernah aku semadikan

berhentilah berharap
berhentilah merindui
bangunlah dari mimpi lena
kerna dia tidak akan pernah
memandang aku lagi...

maafkanlah diri ini...
jika masih setia menyayangimu
izinkanlah diri ini...
untuk tetap merinduimu

KETIKA CINTA BERTASBIH 2

Kau mencintaiku Seperti bumi
Mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah
Menanggung beban derita
Tak pernah lelah
Menghisap luka
Kau mencintaiku
Seperti matahari
Mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah
Membagi cerah cahaya
Tak pernah lelah
Menghangatkan jiwa
Kau mencintaiku
Seperti air
Mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah
Membersihkan lara
Tak pernah lelah
Menyejukkan dahaga
Kau mencintaiku
Seperti bunga
Mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah
Menebar mekar aroma bahagia
Tak pernah lelah
Meneduhkan gelisah nyala.


CREDIT TO : KETIKA CINTA BERTASBIH 2 FULL MOVIE


\

KETIKA CINTA BERTASBIH


"Saya juga memiliki prinsip. Prinsip hidup. Prinsip hidup Saya itu saya dasarkan pada Islam. Sebab saya paling yakin dengan ajaran Islam. Di antara ajaran Islam yang saya yakini adalah ajaran tentang menjaga kesucian. Kesucian lahir dan kesucian batin. Kenapa dalam buku-buku fikih pelajaran pertama pasti tentang thaharah. Tentang bersuci. Adalah agar pemeluk Islam senantiasa menjaga kesuciar lahir dan batin. Di antara kesucian-kesucian yang dijaga oleh Islam adalah kesucian hubungan antara pria dan wanita. Islam sama sekali tidak membolehkan ada persentuhan intim antara pria dan wanita kecuali itu adalah suami isteri yang sah. Dan ciuman gaya Prancis itu bagi saya sudah termasuk kategori sentuhan sangat intim. Yang dalam Islam tidak boleh dilakukan kecuali oleh pasangan suami isteri. Ini demi menjaga kesucian. Kesucian kaum pria dan kaum wanita..

"Ketika saya mengatakan bahwa jika sampai saya melakukan ciuman itu dengan wanita yang tidak halal bagi saya, maka saya telah menodai kesucian saya sendiri dan menodai kesucian wanita itu. Dan itu bagi saya adalah suatu musibah yang luar biasa besarnya. Saya telah kehilangan kesucian bibir saya. Tidak hanya itu, saya juga kehilangan kesucian jiwa saya. Jiwa saya telah terkotori oleh dosa yang entah bagaimana cara menghapusnya. Jika bibir ini kotor oleh gincu bisa dibersihkan dengar air atau yang lainnya. Tapi jika terkotori oleh bibir yang tidak halal, kotor yang tidak tampak bagaimana cara membersihkannya. Meskipun bisa beristighfar, meminta ampun kepada Allah tetap saja bibir ini pernah kotor, pernah ternoda, pernah melakukan dosa yang menjijikkan. Saya tidak mau melakukan hal itu. Saya ingin menjaga kesucian diri saya seluruhnya. Saya ingin menghadiahkan kesucian ini kepada isteri saya kelak. Biar dialah yang menyentuhnya pertama kali. Biar dialah yang akan mewangikan jiwa dan raga ini dengan sentuhan-sentuhan yang mendatangkan pahala."

"Itulah prinsip yang saya yakini. Mungkin saya akan dikatakan pemuda kolot. Pemuda primitif. Pemuda kampungan. Pemuda tidak tahu perkembangan dan lain sebagainya. Tapi saya tidak peduli. Saya bahagia dengan apa yang saya yakini kebenarannya. Dan saya yakin Mbak Eliana yang pernah belajar di negeri yang mengagungkan kebebasan berpendapat itu akan bisa menghargai pendapat saya."



aku jatuh cinta dengan watak Khairul Azzam ini
aku juga sepertinya
tidak akan membiarkan bibirku dicium oleh lelaki yang tidak halal bagiku
aku akan berasa jijik, hina dan kotor jika membiarkan bibirku dicium oleh lelaki yg bukan muhrimku
biarpun dibasahi dengan kalimah2 Allah dan wuduk ia tidak pantas menghapuskan perasaan berdosa itu

adakah masih wujud lelaki seperti Khairul Azzam itu di muka bumi ini?
yang terlalu menjaga kesuciannya hanya untuk wanita yang bergelar isterinya yang sah
realitinya, hari ini kita tidak akan jumpa lelaki seperti itu
menjaga keterunaanya sehingga sah bergelar suami
apatah lagi lelaki hari ini bukan lagi bersikap pelindung pada wanita..
lihat saja di dada-dada akhbar kisah haruan makan anak, rogol dan pemerdagangan wanita
semuanya dilakukan oleh siapa??
lelaki..
bukankah kaum adam yang dijadikan allah untuk melindungi wanita??

lelaki dengan egonya menolak wanita yang sudah ditebuk tupai
tetapi adilkah jika lelaki itu pun sudah hilang keterunaannya?
adilkah jika lelaki yang sudah puas berfoya-foya dan berzina dengan ramai perempuan
akhirnya memilih wanita yang solehah yang belum pernah disentuh oleh lelaki lain sebagai isterinya?
adilkah??


Popular Posts

Featured Post

HATYAI HALAL FOOD IN ASEAN NIGHT BAZAAR