dah masuk 3 hari kita berpuasa.sempatla baru2 ni berbuka puasa dengan family.
terasa sekejap je masa berlalu. dah nak hampir ke penghujung tahun.
dah nak makin dekat SPM ..(teringat kat alang yg nak amik SPM tak lama lagi)
malam pertama berterawih kat surau dekat ngn rumah, dapat merasa bubur gandum,
sedapla jugak. alhamdulillah dapat berterawih dengan adik2 kat surau.
makin bertambah pulak jemaah tahun ni. maybe sebab surau dah makin luas & selesa selepas renovation membesarkan kawasan surau & ada tambahan bangunan untuk kelas fardhu ain.
hari ni, just berbuka dengan juadah yg dibeli kat area hostel ni je. hari ni mengidam makan laksa ngn cucur udang. baru semalam makan kuew tiau tomyam hasil air tangan mak.ingatkan niat malam ni nak berterawih kat kolej pulak tapi tak dapat la sebab nak kene siapkan 2 assignment malam ni jugak sebab melibatkan group assignment.
***selamat berpuasa, selamat berbuka puasa & selamat berterawih kawan2.